Friday, January 1, 2010

Assalamualaikum wbkth........

RASULULLAH SAW bersabda, maksudnya: 
“Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” 
(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)



.....Bertemu di Alam Cyber........

Debaran SPM & STAM 2009 ......
 
Setelah berusaha dengan potensi yang ada dan bertawakal kepada Allah ...  11 Mac ini keputusan akan diumumkan...Pelajar, ibu bapa dan para guru sebenarnya berdebar menunggu tarikh tersebut...
Untuk STAM , berapa orang yang berjaya mendapat sekurang-kurangnya Jiddan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar  ?.... Perjalanan kembara di Bumi Anbia'.....
Juga untuk pelajar SPM.... boleh terus ke Jordan atau kursus matrukulasi di universiti2 tempatan atau di mana saja  ...  Apa-apa keputusan bakal menentukan pusat pengajian seterusnya... 






Kembara Di Bumi Anbi'...........

Rasulullah SAW bersabda:
"Cintailah Arab kerana 3 perkara, kerana aku orang Arab, Al Quran berbahasa Arab dan pertuturan ahli syurga dengan bahasa Arab"

(Hadis riwayat dari Imam Ahmad, Tirmizi)

Sebenarnya program selama dua hari ini bertujuaan supaya para pelajar meminati bahasa arab dan subjek STAM dan menanam minat menyambung pelajaran ke timur tengah.

Istilah kembara digunakan ialah kerana menjadi amalan semua para ulama, mereka mempunyai sejarah mencari ilmu dengan ramai guru dan mengembara (kembara) dari tempat ke satu tempat untuk menuntut ilmu. Seperti Imam As Syafie yang berulang alik dari mekah ke madinah pergi Iraq, Yaman dan ke Mesir. Cuba bayangkan dengan keadaan zaman mereka yang serba kekurangan dari segi peralatan penulisan, kenderaan dan komunikasi tetapi beliau mempunyai keilmuan yang tinggi sehingga digelar mujadid ke 2 selepas khalifah Umar Abdul Aziz.

Kenapa bumi Anbia' ?.......  tentulah kerana bumi ini diberkati oleh Allah..  Maksud diberkati Allah kerana di bumi inilah lahirnya para rasul, nabi, ulama mujtahid dan ramai pejuang islam...

Hampir sebulan mencari bahan dari mesyuarat, perbincangan , internet , buku dan lain-lain. Insya ' Allah moga program ini akan mendapat banyak manafaatnya dan akan menjadi program tahunan untuk bidang Pra STAM MTT.

Modul yang akan digunakan termasuklah motivasi, ceramah , permainan dan pertandingan mengikut kumpulan dan video conference terus dari timur tengah bersama bekas guru dan pelajar MTT.




SUKMAT 2010




Bertakbir dalam bersukan....  ?

Itulah antara perkara yang menarik di dalam sukan tahunan MTT (SUKMAT). rasanya tak ada di sekolah-sekolah kerajaan.....  Bermula tahun lepas juga semua rumah sukan telah dinamakan sempena nama-nama pejuang dan pemimpin terkenal palestin seperti As Syahid Syeikh Ahmed Yasin, As Syahid Aziz Rantisi, Khaled Misyal dan Ismail Haniyeh.

Pelajar-pelajar diajar bertakbir bukan bersorak dan berteriak sekuat- kuat  hati. Itu bukan datang dari ajaran  islam. Penerapan pengertian perjuangan diterap masuk ke dalam sukan  dan diabadikan juga dengan perjuangan umat islam di Palestin.

Insya' Allah semua pihak termasuk pihak guru, kakitangan, pelajar2 , penaja dan semua yang terlibat akan mendapat pahala.....



Pendaftaran Kuliyyah Al Furqan Di Institiut Al Quran

Belajar sehingga ke Liang Lahad......


Alhamdulillah .....Akhirnya berjaya juga untuk memasuki kelas bahasa Arab secara formal. Sebelum ini banyak kali dah masuk kelas tetapi bukan secara formal. Dari hampir 1400 permohonan, yang terpilih hanya 500 orang sahaja yang berjaya mengikuti kuliyyah ini.

tak sangka juga ....berjumpa kembali teman seperjuangan dan bekas anak murid yang mengajar dan belajar di sini.

Kitab - kitab terkenal melalui kelas tafaqquh fiddin...  Shahih Bukhari, Salihin Salikin , Minhajul Abidin, Riadhus Solihin, tafsir Ibnu kathir, Bahrul mazi.... dah ana ikuti sebelum ini.

2 tahun  lepas belajar ilmu perubatan islam di Darul Syifa,
Insya' Allah bermula tahun ini dan 3 tahun ke hadapan. Rancangannya nak ambil kursus bahasa arab peringkat ke dua  dan tafsir Quran.

Masa mengikuti kelas tajwid , pesan ustaz ana ... jangan lupa kalau betul nak baca Al Quran ikut lajjah arab. dengar selalu kaset  Imam Mekah baca Al Quran..... Syeikh As Sudaisi dan yang lain 2... tiru lagu dan cara sebutannya..... Syeikh Al Matrud, Syeikh Al Ghamidi,  Syeikh Masyari.

tapi ana dan ayah ana paling suka bacaan Syeikh Muhammad Al Matrud. Memang dari tahun 1998 lagi ana jadi peminat setia No 1...

Ya Allah ..terasa amat luasnya ilmuMu ini.


Forum Pendidikan Masyarakat

Telah diadakan di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Tok Jiring (MTT) pada hari sabtu 6 Feb 2010. Perkara yang masih di dalam ingatan ana ialah soalan dari ahli panel , kenapa "Mat Rempit boleh menguasai jalan raya. Sedangkan kita ada pihak berkuasa ?, Di mana peranan  masyarakat ?"
Gejala Mat Rempit ana ingat lagi , masa tu ana baru pulang menghadiri kuliyyah perubatan islam di Kuala Ibai, ketika itu jalan raya telah dikuasai kumpulan ini. Tiba-tiba sebuah motorsikal memotong kereta ana , lalu mencongek motornya,  yang jantannya di sebelah kiri dan betinanya sebelah kanan...bayangkan mereka boleh buat adegan tersebut. Sementara beberapa motor cover dari belakang...kereta-kereta terpaksa bergerak perlahan kerana takut melanggar mereka.
ishhh....
keesokkannya ana masuk kelas terus bercerita episod tersebut kepada pelajar2. Ada pelajar yang menjawab , itu biasalah cikgu . Itu stail namanya kapal layar... tapi ada yang beraksi hebat lagi. Di mana dua orang jantan sambil...betina di atas motor...
isshhh  ........

Soalannya siapa yang nak bertindak  ? ?    ?      ?????



Teknik BelaJAr

Langkah  1

Tekadkan keputusan yang anda ingin capai dalam peperiksaan UPSR, PMR atau SPM sebenar nanti.
Tidak semua pelajar ada komitmen untuk mencapai "A" atau "A+" dalam setiap subjek.
Bila cg ajukan soalan ini di dalam kelas ada yang masih teragak-agak untuk mengangkat tangan.


Langkah 2

Analisis pencapaian dulu  dan akan datang. 
Jika di dalam peperiksaan Akhir tahun 2009 anda mendapat C. Mestilah banyak usaha perlu dibuat untuk skor "A". dan tidak lupa juga bagi yang dah skor A prestasi perlu dikekalkan. Ingat silibus tahun ini juga mempengaruhi faktor skor A pelajar.






Langkah 3

Senaraikan aktiviti yang perlu ditambah dan yang perlu dikurang supaya pelajar dapat mencapai target yang ditetapkan.




langkah 4

Buat suatu jadual belajar dan aktiviti mingguan secara ringkas.
Tujuaannya untuk anda berdisiplin. Ingat walaupun pelajar tidak dapat mengikutinya 100 %.
Untuk menjadikan seronok belajar jadual ini mestilah fleksibel.








 

.........BAck  tO SchOOl .........

Pelajar dan ibu bapa sibuk dengan keperluan fizikal yang semua baru... baju baru, kasut baru, semua kelengkapan nak baru...tetapi persiapan mental macam mana....



Persiapan menempuhi  Medan Perjuangan


1.   Doa sebagai senjata
       "Ya Allah engkau bukakanlah kepadaku kebijaksanaan  dan lapangkanlah aku menerima dari khazanah ilmuMU, ".
 dan doa
         

                  DOA MENGHINDAR DARI SIFAT MALAS










Doa ini sebenarnya dari hadis rasulullah SAW..yang meminta umatnya memohon dari Allah menghindari dari 8 perkara.
Inilah senjata untuk pelajar amalkan setiap kali selepas solat supaya jauh dari sifat lemah dan malas untuk belajar. Insya' Allah jika pelajar sentiasa istiqomah dalam menuntut ilmu pelajar mampu melaksanakan usaha yang luar biasa.
2.  



Tips untuk pelajar fokus di dalam kelas

1.   Belajar dulu sebelum guru mengajar.  60 % faktor mempengaruhi.
2.   bersiap sedia sebelum guru masuk kelas. Buku di atas meja.
3.   Bersiap sedia dengan soalan untuk bertanya guru...
4.  





Ahlan wahsalam .............
            kepada semua pelajar baru dan lama

Esok ahad bermulalah perjuangan kita.
Selalu cg gunakan perkataan perjuangan untuk para pelajar supaya mereka sedari kedatangan mereka ke MTT adalah satu pengharapaan besar dari keluarga dan islam amnya.....

Dalam sesi taklimat kepada pelajar baru dalam minggu Taaruf , cg telah meninggalkan kata kata hikmat kepada para pelajar yang cg pautkan dalam sudut Motivasi.